Assalamualaikum,
hai handsome, hai gorgeous!
Okay, a few days before i went to Kuala Lumpur for a trip that organized by my faculty. We went there for four days and three night. Haha cool gilos! lama gila tak turun kl wehhh, Nampak tak kebatakan disitu? -.- Kami bertolak malam ahad and sampai pada keesokan paginya. Oh ya, rombongan kami seramai 120 orang yang memerlukan tiga buah bas untuk memuatkan kitorang yang besau besau ni. Eh besau ke? Pfttt. Rombongan ni khas dibuat untuk student Dip Pentadbiran Awam. Act, faculti aku ni jarang buat rombongan, tak tahulah sebab apa. So agak jelly lah kawan kawan dari campus lain part 1 dah merata berjalan. Asalnya kitorang nak menginap dekat Uitm Shah Alam, tapi disebabkan ruang yang tidak cukup maka ketua projek mencari alternatif lain. Tup tap tup tap, taraaaa! Dapatlah menginap dekat Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.
Mmg cantik campus UIA ni, foreigner pun ramai. Tetiba rasa nak belajar kat sini pulak. hihi.
Haaa, ni environment dalam UIA. Amacam?
![]() |
| hai, saya student UIA #eh? |
First day, kitorang pg Mahkamah Tribunal, Kuala Lumpur. Tujuan mahkamah ni diwujudkan untuk menangani masalah antara pengguna. So kalau apa apa yang tak puas hati atau kena tipu ke, boleh dtg tribunal okay? Kat sini tak payah labur duit beribu ribu untuk upah peguam. Kita sebagai pengguna yg settleout sendiri.
![]() |
| im proud to be DPA student :) |
![]() |
| tudiaaa, makan besaq. |
Second day, kitorang ke Parlimen, Kuala Lumpur. Pertama kali dalam sejarah aku jejak kaki kat sini. Siap masuk Dewan Negara tengok menteri bersidang. Pengalaman yg aku rasa cukup bermakana. Yelah, selama ni asyik tengok kat tv je kan org bersidang. Ni dapat tengok live, serious best! Cuma, yg tak bestnya kitorang boleh tangkap gambar kat dalam tapi tak boleh nak publish kat mana mana. Hanya boleh menjadi koleksi peribadi. Bukan taknak berkongsi, tapi dah mmg peraturan mcm tu. Terpaksalah ikut :)
![]() |
| gambar kat depan pun jadilah kan? |
Petang tu apa lagi, terus gerak ke jalan Tunku Abdul Rahman atau singkatannya TAR. Perempuan kalau dtg sini mmg boleh jadi gila. Bukan gila yg teruk tu, tapi gila tengok barang semua murah murah. Rasa nak angkut selori pun ada :p Jalan Masjid India pun tak ketinggalan. Walau kaki dah menjerit jerit kesakitan, shoping punya pasal peduli apa hihi.
Days Three:
Eh penatlah pulak nak cerita panjang panjang. Haha mengada teruk. Alamanda Putrajaya tempat pertama yang dituju. Lepas tu baru kitorang pg SPRM kat Putrajaya. Taklimat yg pihak deorang bagi sangat jelas dan padat. So kalau berpeluang datanglah sini okay? From here kita tahu pasal election, mcm mana election dibuat, siapa yg layak, apa sayat syarat dll.
![]() |
| contoh borang mengundi |
Ni muhaimin, class lain tapi kenal since part 1. Sudah ada girlfriend okay?
| arina, peneman kemana sahaja |
Ehem, rasanya cukuplah setakat ni kan? jari jemari dah longai belaka. Tapi, lepas ni bnyk lagi entry yang akan diupdate. Cuma sekarang susah sikit nak update, Bz punya hal kann. Take care and stay awesome people!
lots of love.
Eyna Razak :)
.jpg)
.jpg)
.jpg)


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment