Sunday, 17 June 2012

HARI BAPA.

Assalamualikum, its me again :)
17 Jun memang sinonim dikaitkan dengan suatu sambutan yang istemewa. Sambutan apa? Hmm its 'Father's Day'. Still remember? Rasanya ada yg lupa and tak teringat langsung kan. Yeah, hari bapa mmg khusus disambut untuk menghargai pengorbanan insan yg digelar 'bapa, ayah, abah, papa, abi' dan banyak lagi panggilan yang sama makna dengannya. From my opinion tak sepatutnya pada tarikh ini sahaja kita menunjukkan kasih sayang terhadap ayah kita. Sepatutnya hari-hari kan? Dialah yang banyak berkorban untuk mendidik dan mencari rezeki untuk menyara kita. Cuma, tarikh ini diwujudkan untuk kita buat something yg lain dah special daripada hari hari yang biasa. Kan kan? Manalah mampu kalau tiap hari nak belanja whole family makan besar kan.

Bercakap mengenai ayah, semua orang mempunyai ayah. Mungkin ada certain yang kurang bernasib baik telah kehilangan insan yg bergelar ayah. Takziah diucapkan. Pada mereka yang masih mempunyai ayah, silalah hargai mereka kerana tiada penggantinya. Sama juga seperti ibu. Aku juga mempunyai seorang ayah yang sangat penyayang. Perwatakannya bagaimana? Hmm Dia seorang yang ceria, susah untuk marah, selalu menegur anak anak jikalau melakukan kesilapan, murah hati, easygoing, and tak lupa dia suka sangat melawak dengan kami anak beranak :) Walaupun kadang kadang dia kuat membebel. Tapi, ada sebab dia membebel kat kitorang, hihi. 

Apa apa pun, aku bersyukur gila sebab aku masih mempunyai ayah. Allah masih memberi peluang untuk aku berbakti kepadanya dan tak juga membalas jasa. I'allah, aku mencuba untuk menjadi anak yang solehah dan berusaha untuk membaiki segala kekurangan. Mungkin dulu aku bukan seorang anak yang baik, tapi akan aku cuba perbaiki. Semoga Allah permudahkan jalanku. Isk bunyi macam sedih pulak -.- k tukar mood, tukarrrrr. Takmo emo emo cik aina oi.




He's my man, the one and only. Thanks for everything ayah! Aina takkan lupa semua yang ayah lakukan untuk keluarga kita. Dan tak lupa, Aina akan cuba membalasnya kelak. I'allah. Terima kasih jugak kerana selalu mendoakan kejayaan, kesihatan dan menasihati Aina :) Ayah tiada tandingannya.


ABDUL RAZAK HJ KASSIM.
Again, thankyou for everythings. I do love you, same goes to our family.


'The greatest gift I ever had came from God, I call him Dad!'






No comments: