Tuesday, 22 May 2012

SELAMAT ULANGTAHUN

Assalamualaikum,
21.5.2011 merupakan tarikh yg amat bermakna bagi aku. Ya, sungguh bermakna. Bermulalah kehidupan aku sebagai seorang mahasiswi di sebuah pusat pengajian tinggi awam. Tak dapat aku bayangkan kehidupan berjauhan dari kedua ibu bapa. Bukannya aku tak biasa jauh dari mereka, tapi terengganu mmg boleh dikira sebagai jauh jugak la kan. Aku pernah menyampaikan hasrat kepada ibu bapaku untuk menolak tawaran melanjutkan pelajaran tersebut ekoran jarak yang agak jauh. Tapi, atas nasihat dan dorongan ibu tercinta aku terima jugak tawaran tu. Dalam hati tuhan jelah yg tahu perasaan aku. Sedih gila okay.

Aku menahan linangan air mata sambil melambaikan tangan sewaktu tibanya masa untuk keluargaku pulang. Sebak, itu sahaja yang boleh digambarkan. Yelah, aku tak kenal sesiapapun kat dungun ni. Berkecamuk fikiran. Boleh ke aku survive kat dungun ni? Soalan tu berlegar legar dalam kepala otak ni. Aku pasrah. Berbalik kepada tujuan asal, aku mahu belajar.

Petang tu kami semua dikumpulkan di court futsal. Kemudian dibahagikan pula mengikut course. Tak habis setakat tu, kami disuruh pulak sebut nombor dari satu hingga berapa belas aku pun tak ingat dah. Yelah, its been a year. Ingat ingat lupa :) Aku pandang kanan. Nampak sorang perempuan sebelah ni. Gayanya menarik aku untuk menegur dia. Aku memberanikan diri untuk bersuara 'awak, group no berapa ya?' Dia senyum lalu menjawab 'lima'. Eh, sama dengan aku! Dengan selamba aku cakap 'nnti kita kumpul sama sama ya' eceh, aku buat berani. Nasib baik perempuan tu cakap, 'okay' sambil beri senyuman yg manis.

Kami diarahkan bergerak mengikut kumpulan selepas selesai pembahagian mengikut nombor. Sekali lagi, aku buat berani. haha, selamba je tarik tangan perempuan tu. Macamlah dah kenal lama. Takpe, watlek watpeace je kan :) After that, we had a short conversation. Tanya nama, asal blablabla. Masa minggu MDS, mmg aku melekat dengan dia je haa. Kehulu kehilir dengan dia. Sampailah sekarang, our friendship is still good dan semakin akrab. Sumpah aku sayang dia ni.

___________________________________________________________

Afiqah Bt Rosli,
Entry ni khas buat awak sayang. Genap setahun kita 
bersahabat. Hope so persahabatan kita ni berpanjangan dan berkekalan :) Promise me okay? Thanks for being my bestfriends. I thank Allah for sent me a friend like you.

awak sangat comel okay :)






Gambar ni still disimpan sayang :)

yg tengah ni mawar, juga bff kami :)

Thanks for everything :) And pada sahabat sahabat yang lain, anda juga merupakan golongan yang istimewa dihati ini. Cuma entri yang ini special sikit sebab genap setahun persahabatan aku dengan eqa :)
Doakan persahabatan kami, terima kasih.





No comments: